ELAK BANJIR DI PANTAI TIMUR MENERUSI LEBUHRAYA LPT2

Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) menggesa orang ramai yang terkesan dengan musim tengkujuh supaya menggunakan perkhidmatan lebuhraya LPT2, sekiranya laluan lain terpaksa ditutup akibat banjir.

“Kami menggalakkan orang ramai di Pantai Timur menggunakan lebuhraya LPT2 yang lebih selamat, selesa dan lebih mudah. Lebuhraya kami menyediakan bukan sahaja kawasan rehat yang bersih, tetapi juga 60 anggota LPT2Ronda yang terlatih serta 30 pasukan rondaan sekiranya berlaku kecemasan,” kata Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim.

Apabila berlaku kecemasan, pelanggan boleh memilih untuk berhenti di Kawasan Rehat & Rawat Perasing, Paka dan Ajil.

Selain itu, talian bantuan LPT2, 1800 88 0220 turut menyediakan maklumat trafik terkini dan memberikan bantuan di sepanjang lebuhraya sepanjang 184 kilometer di antara Jabor dan Kuala Terengganu..