LALUAN KONTRA DI LPT2

LPT 2 Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa satu laluan kontra akan dilaksanakan di antara laluan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing - Persimpangan Bertingkat Cheneh di KM262.7 hingga KM264.4 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) seperti berikut:-

ni bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan tersebut.

Tarikh Masa Laluan Kontra
29 Oktober – 30 Oktober 2018 8:00 pagi - 7:00 malam Arah ke Kuala Lumpur
31 Oktober – 1 November 2018 8:00 pagi - 7:00 malam Arah ke Kuala Terengganu

Justeru itu, LPT 2 menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan, mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak LPT 2.

LPT 2 mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya.