LPT2 DE’PERASING RIDE 2019 -AJIL CHALLENGE SASAR 2,000 PENYERTAAN

LPT2 Sdn Bhd (LPT2) mensasarkan 2,000 penyertaan pada acara kayuhan LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge yang akan berlangsung pada 16 November yang akan datang dan penyertaan secara atas talian kini dibuka kepada peminat sukan berbasikal.

“Acara tahun ini akan menggunakan laluan yang baru di mana ia akan bermula dan berakhir di R&R Ajil berbanding di R&R Perasing sebelum ini,” kata Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim.

Menurut beliau, berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada 2 edisi sebelum ini, pihak LPT2 mensasarkan penyertaan yang lebih ramai tahun ini berbanding 1,200 dan 1,500 pada tahun 2017 dan tahun lalu.

Pendaftaran di www.sports360.my akan ditutup pada 10 Oktober ini.

Acara pada tahun ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Road Bike (110km), Mountain Bike (50km) dan Fun Ride (50km). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 hingga RM120 bergantung pada kategori.

“Sepertimana kayuhan sebelum ini, kami menjangkakan peserta-peserta dari luar negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia akan turut sekali lagi mengambil bahagian. Paling menarik, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga turut menyatakan persetujuannya untuk sekali lagi mengambil bahagian pada kayuhan tahun ini,” jelas Roszi.

LPT2 De’Perasing Ride 2019 – Ajil Challenge turut menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti cabutan bertuah sebuah Yamaha NVX dan Y125ZR serta hadiah wang tunai untuk penyertaan pasukan teramai dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai gerai jualan makanan, minuman serta aksesori basikal turut dibuka di R&R Ajil sempena cara kayuhan tersebut.

 

2019 LPT2 DE’ PERASING RIDE  – AJIL CHALLENGE TARGETS 2,000 PARTICIPANTS

LPT2 Sdn Bhd (LPT2) is targeting 2,000 participants at this year’s cycling event, 2019 LPT2 De’ Perasing Ride – Ajil Challenge on 16th November and online registration is now open for public.

“This is a totally new route for participants where the cycling challenge will start and end at the Ajil R&R unlike the previous 2 series which was held at Perasing R&R,” said LPT2 Business Region Manager, Roszi Ibrahim.

According to Roszi, based on the overwhelming response that we received for the first 2 editions,1,200 in 2017 and 1,500 in 2018 respectively, LPT2 decided to increase the number of participants this year.

Online registration at www.sports360.my closes on 10th October.

This year’s challenge will see the participants compete in 3 categories namely Road Bike (110km), Mountain Bike (50 km) and Fun Ride (50 km). Registration fee ranges from RM50 to RM120 depending on categories.

“We expect cyclists from Thailand, Singapore and Indonesia will once again come in full force to take part in this year’s event. I am also delighted to announce that the Terengganu Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar will once again take part in this year’s challenge,” he explained.

The 2019 De’ Perasing Ride – Ajil Challenge offers attractive lucky draw prizes such as Yamaha NVX and Y125ZR as well as cash prizes for teams and many more. Food and beverage stalls as well as cycling accessories will also be opened during the event.