LPT2 JANGKA JUMLAH PELANGGAN LEBUH RAYA CECAH 45,000 APABILA RENTAS NEGERI DIBENARKAN SEMULA
~ Keselamatan Pelanggan Lebuh Raya PLUS Kekal Sebagai Keutamaan No. 1

Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT2) yang mengendalikan lebuh raya dua hala menghubungkan Jabor dan Kuala Terengganu di Pantai Timur (ECE2) menjangkakan peningkatan di antara 38,000 hingga 45,000 kenderaan setiap hari apabila perjalanan antara negeri dibenarkan semula selepas pengumuman oleh Perdana Menteri tidak lama lagi.

LPT2 menjangkakan ramai penduduk daerah ini akan merebut peluang yang sekian lama ditunggu-tunggu untuk melancong dan berhubung semula dengan keluarga dan sahabat handai di negeri-negeri lain.

"LPT2 secara asasnya sentiasa bersedia untuk sebarang peningkatan jumlah kenderaan. Pasukan petugas kami di lapangan sudah bersedia untuk pertambahan kenderaan sebaik sahaja pengumuman perjalanan antara negeri dibenarkan nanti. Semua 10 plaza tol di LPT2 bersedia menyambut pelanggan lebuh raya kami," kata Suhaimi Samat, Pengurus Perniagaan Wilayah, LPT2.

"Dengan 89.4% daripada penduduk dewasa kita telah divaksin sepenuhnya setakat 8 Oktober, kami menjangkakan pengumuman yang ditunggu-tunggu akan diputuskan segera. Walau bagaimanapun, kami tetap mengingatkan semua yang telah lengkap divaksin  untuk terus mengikuti SOP MKN, termasuk menunjukkan status MySejahtera, memakai topeng muka berganda yang betul, mengekalkan penjarakan fizikal, dan menggunakan oembersih tangan, apabila berhenti untuk berehat di lima R&R dan empat Hentian Sebelah kami," kata Suhaimi.

Keselamatan dan keselesaan tetap menjadi keutamaan, maka kakitangan LPT2 yang terdiri daripada LPT2 Ronda, pasukan keselamatan dan penyelenggaraan lebuh raya serta kakitangan perkhidmatan pelanggan di seluruh laluan sepanjang 184 km sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kerjasama dengan Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga meningkatkan penguatkuasaan di lebuh raya yang memberi ketenangan kepada pelanggan lebuh raya.

Semua kemudahan awam di R&R dan Hentian Sebelah LPT2 sentiasa dibersihkan mengikut jadual pembersihan yang ketat sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang LPT2 untuk memastikan kebersihan dikekalkan kerana kemudahan seperti surau dan tandas dibuka 24 jam sehari.

LPT2 EXPECTS DAILY TRAFFIC OF 45000 VEHICLES ONCE
INTER-STATE TRAVEL RESUMES
~Safety Of LPT2 Highway Customers Remains Its No. 1 Priority~
Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT2) along the East Coast Expressway 2 (ECE2) projects an increase of between 38,000 to 45,000 vehicles daily once interstate travel resumes post the announcement by the Prime Minister soon.

LPT2 anticipates many will seize this opportunity to travel as it has been a long-awaited occasion to be able to reconnect families and close friends in other states.

"LPT2 fundamentally is always prepared for any volume of vehicles. The ground team is ready for the influx once the reopening of interstate travel is announced. The 10 toll plazas across LPT2 will be delighted to welcome our highway customers," said Suhaimi Samat, Business Manager Region, LPT2 enthusiastically.

“With 89.4% of our adult population be fully vaccinated as of 8 October, it's only a matter of a short time that the much-awaited announcement will be made. However, we must insist that all fully vaccinated to continue to be mindful of the MKN SOPs showing one's MySejahtera status, wearing proper double face masks, maintaining physical distancing, and applying hand sanitizers, when making a pit stop at our five R&Rs and four Lay-bys," reminded Suhaimi
.
As safety and comfort of highway customers remains LPT2's No.1 priority, personnel comprising of LPT2 Ronda, highway safety and maintenance crews as well as customer service personnel along the 184km long stretch are prepared and ready for all eventualities. Collaboration with the Traffic Police and Road Transport Department (JPJ) enhances highway enforcement that provides peace of mind to all travellers.

All public facilities along the LPT2 are regularly sanitized under a regimented cleaning schedule and is a long-standing commitment to ensuring that cleanliness is maintained, as the suraus and public washrooms are open 24 hours a day. 

 

.