LPT2 TURUN DAN GANTI PAPANTANDA SERTA-MERTA

LPT2 Sdn Bhd (LPT2), pengendali Lebuhraya Pantai Timur 2 mengesahkan bahawa gambar papantanda tandas yang disebarkan menerusi media sosial baru-baru ini pernah dipasang di R&R Bukit Besi (Arah Selatan) bagi menggantikan papantanda yang telah rosak.

Walau bagaimanapun, kontraktor yang dilantik untuk menyelenggara dan menggantikan papantanda tersebut tidak merujuk kepada LPT2 sebelum kerja-kerja pemasangan dan penggantian dilakukan.

Untuk makluman, papantanda tersebut telahpun diturunkan serta-merta.

LPT2 mengucapkan terima kasih atas maklumbalas orang ramai dan akan terus berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan lebuh raya dari masa ke masa.

LPT2 memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran pemasangan papantanda gantian tersebut dan akan terus mengadakan pemantauan agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.