TRANSAKSI TOL 100% ELEKTRONIK

Sistem kutipan tol tanpa bayaran tunai (cashless) di semua lorong dan bagi semua kelas kenderaan dengan menggunakan kad pintar Touch ‘n Go,  kad PLUSMiles atau Smart Tag akan dilaksanakan di semua plaza tol LPT2 mulai 14 Ogos 2017 bermula pada pukul 12.00 tengahari. Plaza-plaza yang terlibat adalah ke semua 10 buah Tol Plaza di LPT2 seperti berikut:

  1. Plaza Tol Ajil
  2. Plaza Tol Bukit Besi
  3. Plaza Tol Cheneh
  4. Plaza Tol Cukai
  5. Plaza Tol Dungun
  6. Plaza Tol Kuala Terengganu
  7. Plaza Tol Kerteh
  8. Plaza Tol Kijal
  9. Plaza Tol Paka
  10. Plaza Tol Telemung

Perlaksanaan transaksi tol 100% elektronik ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan perjalanan pengguna lebuhraya di plaza tol LPT2 di mana pengguna tidak perlu menggunakan wang tunai untuk membayar tol

 

Kad PLUSMiles boleh didapati di mana-mana Plaza Tol LPT2 dengan harga RM10.60 (termasuk 6% GST) tanpa nilai di dalam kad.

 

Periksa baki kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go dan pastikan ianya mencukupi untuk memastikan kelancaran perjalanan.

 

Kesemua 10 Lorong Tambah Nilai  di Plaza Tol LPT2  dibuka setiap hari pada jam 7 pagi hingga 10 malam (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) kepada orang ramai untuk menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go

 

Lorong Tambah Nilai adalah lorong paling kiri di semua Plaza Tol masuk LPT2