NIKMATI DISKAUN TOL SEBANYAK 20% DI SEMUA LEBUHRAYA PLUS PADA HARI RAYA PERTAMA

 

Sambutan dan kemeriahan Hari Raya Aidilftri tahun ini semakin bermakna apabila pelanggan lebuhraya PLUS dan LPT2 bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20% pada Hari Raya Pertama pada 5 Jun (Rabu) ini.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail berkata, “Pada 5 Jun ini, pelanggan lebuh raya PLUS akan diberikan diskaun tol sebanyak 20 peratus ketika membayar tol di antara jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam. Ia diberikan sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.”

Diskaun tol 20% ini diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian ketika mereka membayar tol di Lebuh raya PLUS iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jambatan Pulau Pinang.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 10 malam pada 4 Jun tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran/transaksi tol pada jam 2 pagi pada 5 Jun, mereka tetap akan layak menikmati diskaun tersebut.

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua). Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada.

.