TRAFIK LPT2 MELONJAK 65% SELEPAS RENTAS NEGERI DIBENARKAN
~ Pematuhan Mandatori SOP Di R&R Dikekalkan ~

 

LPT2 semalam mencatatkan peningkatan trafik melebihi 65% ketika pelanggan lebuh raya mula melakukan perjalanan menuju ke pantai timur untuk hujung minggu ini. "Ramai pelanggan lebuh raya LPT2 kami mengambil cuti hujung minggu ini untuk bersama orang tersayang atau sekadar untuk menikmati pantai-pantai indah di Terengganu, sebelum tiba musim tengkujuh," jelas Suhaimi Samat, Pengurus Perniagaan Rantau, LPT 2 Sdn Bhd.

"Kami juga mengalu-alukan semua pelanggan lebuh raya untuk singgah di mana-mana R&R untuk berehat selepas perjalanan yang panjang. Kami juga menggalakkan pelanggan lebuh raya untuk menyokong rakan peniaga tempatan kami di lima R&R dan empat hentian sebelah di lebuh raya LPT2 dengan membeli produk tempatan mereka sebagai hadiah untuk dibawa pulang kepada keluarga dan rakan taulan. Selain itu, kemudahan awam lain di R&R seperti stesen minyak, surau dan tandas awam juga dibuka 24 jam sehari," tambah Suhaimi.

Pelanggan yang telah lengkap divaksinasi kini boleh dine-in untuk menikmati pelbagai pilihan makanan yang disediakan di R&R LPT2 dan Hentian Sebelah, dengan menunjukkan status Vaksinasi MySejahtera sebelum memesan makanan di kedai F&B yang beroperasi dan akan diberikan tag pelekat hijau sebelum mereka dibenarkan memasuki medan selera untuk menjamu selera.

"Di samping itu, bagi mengelakkan kesesakan di R&R dan sekiranya pelanggan khuatir tentang penjarakan fizikal, kami mencadangkan agar mereka beli dan bawa pulang bagi memastikan keselesaan semua," kata Suhaimi.

"Pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan merentas negeri boleh kekal yakin, bahawa setiap R&R di LPT2 dan kemudahan tempat letak kereta sentiasa dibersihkan dan disanitasi sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan. Setiap surau mempunyai penanda penjarakan sosial untuk menetapkan peraturan penjarakan 1 meter. Penanda jelas dipaparkan di kawasan mencuci wuduk untuk rujukan mudah. Pelanggan digalakkan membawa Sejadah dan Telekung masing-masing bagi memastikan kebersihan diri terjamin," kata Suhaimi.

Bergantung kepada saiz dan susun atur setiap surau, poster pemberitahuan had bilangan jemaah yang dibenarkan telah dipasang dengan jelas dan pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera diperlukan untuk tujuan pengesanan kontak.

LPT 2 juga menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan memastikan kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar ketika melalui plaza tol. Untuk maklumat trafik terkini dan mendapatkan bantuan di lebuh raya, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan LPT2Line di 1800-88-0220.

 

LPT2 SEES 65% SURGE IN TRAFFIC AS INTERSTATE TRAVEL EXODUS BEGAN
~ Strict compliance to SOPs at R&Rs mandatory ~
LPT2 yesterday recorded a traffic increase of over 65% as highway customers made their journey towards the east coast for the long weekend. “Many of our LPT2 highway customers are taking this extended weekend  return to reconnect with loved one or simply to enjoy the beautiful beaches that Terengganu offers, before monsoon season arrives” explains Suhaimi Samat, Business Manager Region, LPT 2 Sdn Bhd.
"We'd love to  jemput (invite) our highway customers to stop by at any of our R&Rs to take a break after the long journey and encourage them to support our local business partners at the five R&Rs and four lay-bys on the LPT2 highways by purchasing local products as gifts for their family and friends. And on an assuring note all our public facilities at the R&Rs like the petrol stations, suraus, and washrooms are open 24 hours a day," added Suhaimi.
Customers who have completed their vaccinations can now look forward to having a wide selection of freshly prepared meals as  dine-in at LPT2 R&Rs and lay-bys are allowed, by showing ones MySejahtera Vaccination status before ordering food at the F&B outlets operated and will be given a green sticker tag before they are allowed to enter the food court for dine-in purposes.
“Additionally, should there be large convergence of customers at our R&Rs, and physical distancing may be compromised, we suggest that takeaways would be a good option to avoid the crowd,” reminded Suhaimi.
“Interstate highway travellers can be rest assured, that every LPT2 R&Rs and lay-bys facilities are regular cleansed and thoroughly sanitised as scheduled. Each Surau praying hall has social distancing markers to establish the 1-meter distancing rule. Markers are clearly displayed at the ablution wash areas for easy reference. Highway customers are encouraged to bring their prayer mats (Sejadah) and praying attire (Telekung) to ensure personal hygiene is assured,” urged Suhaimi.
Depending on the size and spatial layout of each surau, notification posters of the limited number of congregations allowed are visibly affixed and registration is required via MySejahtera App for contact tracing purposes.

LPT 2 advises highway customers to plan their journey properly and ensure that their Touch ‘n Go card has sufficient balance to ensure smoother passage at the toll plazas. For traffic updates and assistance on the highway, customers may contact LPT2Line at 1800-88-0220