LPT2 JANGKA TRAFIK MENUJU KE TERENGGANU MENINGKAT HUJUNG MINGGU INI
~ Pelanggan terus diingatkan untuk mematuhi SOP Covid-19 ~

 

Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2), pengendali lebuh raya bagi Lebuhraya LPT2 menyarankan orang ramai agar merancang perjalanan mereka lebih awal kerana menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya tersebut pada hujung minggu ini diikuti dengan cuti Maulidur Rasul pada Selasa minggu hadapan, susulan kebenaran perjalanan merentas negeri yang diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini.

Bagi orang ramai yang bercadang melakukan perjalanan di lebuh raya, LPT 2 tetap komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa kepada pelanggan.

“Pelanggan lebuh raya yang merancang percutian untuk menikmati pantai yang indah di Terengganu atau menuju ke kampung halaman, mereka dinasihatkan untuk mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, mendaftar di Aplikasi MySejahtera, memeriksa suhu badan di tempat yang ditetapkan dan menjaga jarak yang selamat apabila beratur untuk mendapatkan makanan atau ketika menggunakan kemudahan di lebuh raya kami,” menurut Suhaimi Samat, Pengurus Perniagaan Wilayah, LPT 2 Sdn Bhd.

Kami juga mengalu-alukan semua pelanggan lebuh raya untuk singgah di mana-mana R&R untuk berehat selepas perjalanan yang panjang. Kami juga menggalakkan pelanggan lebuh raya untuk menyokong rakan peniaga tempatan kami di lima R&R dan empat hentian sebelah di lebuh raya LPT2 dengan membeli produk tempatan mereka sebagai hadiah untuk dibawa pulang kepada keluarga dan rakan taulan. Selain itu, kemudahan awam lain di R&R seperti stesen minyak, surau dan tandas awam juga dibuka 24 jam sehari.

Pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap, kini boleh menikmati pelbagai pilihan juadah yang enak ketika berkunjung ke R&R dan hentian sebelah semasa perjalanan mereka. Untuk pengesahan bagi menikmati makanan di ruang makan medan selera, pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap perlu menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di Aplikasi MySejahtera ketika membuat pesanan di gerai kendalian rakan niaga yang beroperasi. Mereka kemudiannya akan menerima pelekat hijau sebelum memasuki ruang makan di medan selera R&R.

“Di samping itu, sekiranya terdapat pertembungan besar di kalangan pelanggan di R&R dan penjarakan fizikal boleh terjejas, LPT 2 dan rakan peniaga kami akan menawarkan pembelian makanan untuk dibawa pulang bagi mengelakkan orang ramai bertumpu di satu-satu kawasan,” jelas Suhaimi.

“Bagi memastikan kebersihan, semua kemudahan R&R dan hentian sebelah di LPT2 dibersihkan dan disanitasi mengikut jadual. Setiap ruang solat di surau mempunyai penanda penjarakan 1-meter termasuk penanda penjarakan di kawasan mengambil wuduk. Pelanggan lebuh raya juga digalakkan membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah atau telekung untuk wanita, bagi memastikan kebersihan diri terpelihara,” tambah Suhaimi.

Bergantung kepada saiz dan susun atur setiap surau, poster pemberitahuan had bilangan jemaah yang dibenarkan telah dipasang dengan jelas dan pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera diperlukan untuk tujuan pengesanan kontak.

LPT 2 juga menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan memastikan kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar ketika melalui plaza tol. Untuk maklumat trafik terkini dan mendapatkan bantuan di lebuh raya, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan LPT2Line di 1800-88-0220.

 

LPT2 ANTICIPATE HIGHER TRAFFIC VOLUME INTO TERENGGANU
OVER LONG WEEKEND
~ Customers Reminded To Follow The Covid-19 SOPs Diligently ~

Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2), the highway operator for the LPT2 Highway, recommends all interstate travellers to plan their journey as it anticipates an increase in highway traffic this upcoming weekend. The Maulidur Rasul holiday on Tuesday next week would also be a contributing factor as interstate travel resumes following the Government’s announcement recently.

As Malaysians plan for their highway journey, LPT 2 remains committed to providing customers with a safe and comfortable travel experience. 

“Highway customers planning to take road trips to enjoy the beautiful beaches in Terengganu or simply head back to their hometowns are advised to follow the SOPs set by MKN and KKM. This includes wearing face masks, registering on the MySejahtera App, checking temperatures at the designated points, and adhering to the one-meter distancing when they line up to purchase food or when using our highway facilities,” reminded Suhaimi Samat, Business Manager Region, LPT 2 Sdn Bhd. 

We are also pleased to invite all highway customers to stop by at any of our R&Rs to rest after the long journey and encourage them to support our local business partners at the five R&Rs and four lay-bys on the LPT2 highways by purchasing local products as gifts for family and friends. In addition, other public facilities at the R&R such as petrol stations, suraus, and public washrooms are open 24 hours a day.

Customers who have completed their vaccinations can now look forward to having a wide selection of freshly prepared meals as they take breaks for dine-in at LPT2 R&Rs and lay-bys during their journey. For dine-in verification, fully vaccinated customers must show their MySejahtera Covid-19 vaccination status at the point of ordering food at the F&B outlets operated and will be given a green sticker tag before being allowed to enter the food court for dine-in purposes.

“Additionally, should there be large convergence of customers at our R&Rs, and physical distancing may be compromised, LPT 2 and our BPs will offer F&B takeaways instead of dining in to avoid the crowd,” explained Suhaimi.

“Interstate highway travellers can rest assured, that LPT2 R&Rs and lay-bys facilities are cleansed and thoroughly sanitised as scheduled. Each Surau praying hall has social distancing markers to establish the 1-meter distancing rule. Markers are also available at the ablution wash areas for easy reference. Highway customers are encouraged to bring their prayer mats (Sejadah) and praying attire (Telekung) to ensure personal hygiene is assured,” added Suhaimi. 

Depending on the size and spatial layout of each surau, notification posters of the limited number of congregations allowed are visibly affixed and registration is required via MySejahtera App for contact tracing purposes. 

LPT 2 advises highway customers to plan their journey properly and ensure that their Touch ‘n Go card has sufficient balance to ensure smoother passage at the toll plazas. For traffic updates and assistance on the highway, customers may contact LPT2Line at 1800-88-0220.